Semasa melancarkan Pertandingan Laga Biawak di Kampung Peleset, YB Gua Hantu didalam ucapannya menyentuh mengenai isu semasa yang sedang hangat diperbincangkan sekarang di warong-warong kopi, rumah-rumah ibadat, rumah-rumah pelacuran, rumah-rumah judi haram, rumah-rumah anak yatim dan juga rumah ku syurga ku.
YB berkata, "Kita patut bersyukur tinggal di dalam negara ini kerana negara kita nie aman, damai dan tenteram". "Kalau ada kekacauan pun adalah berpunca daripada ah long - ah long yang tidak pandai buat pasaran. Ah long- ah long nie suka sangat tampal iklan diorang nie kat signboard jalan. Sampaikan mat rempit tak nampak hadlaju jalanraya, jadi mereka pun pecutlah. Inilah punca kemalangan yang utama di negara ini!"
Sambung YB, "Apapun kita kena bersyukur, sebab negara kita nie penduduknya ramah. Mana ada lagi tempat di seantero dunia ini yang sebebas negara kita. Kalau kat negara luar, orang cakap buruk pasal seseorang individu mesti dah lama kena saman, lepas tu kena tangkap masuk penjara. Kat negara kita nie, cakaplah buruk pasal apapun, pasal bom ka, pasal main belakang ka, semuanya boleh. Laporan media pulak bebas melaporkan apa saja, samada betul atau tidak itu perkara kedua atau ketiga atau keempat."
"Apapun kita mesti bersyukur, kat negara maju harga minyak tinggi sampai 4 ringgit seliter lagi mahal dari sebotol air mineral. Kat Malaysia nie air mineral sama harga ngan minyak. Maknanya kita nie sebenarnya lagi maju dari negara maju. Kita nie negara termaju. Diantara negara dunia ketiga dan pertama, kita nie negara dunia ruang angkasa iblis, boleh bertukar dalam masa 0.025 saat, itulah kemajuan namanya." YB dengan confident bercakap.
"Ingatlah wahai penduduk-penduduk Kampung Peleset, kita mesti bersyukur!" akhir kata YB Gua Hantu.
Monday, 7 July 2008
YB Gua Hantu: Bersyukurlah!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment