YB Gua Hantu just started a blog. I've added a link to his blog. From now on, if you're interested on YB Gua Hantu's thoughts, you can go straight to his blog.
Thursday, 24 July 2008
Wednesday, 23 July 2008
YB Gua Hantu: Biografi Ringkas
Maklumat Peribadi
Umur: 57
Tarikh Lahir: 3 Januari 1951
Tempat Lahir: Kg. Tengkorak Terbang, Mukim Hantu Raya, Daerah Gua Hantu
Status: Berkahwin (Isteri pertama: 1976 hingga sekarang, Isteri kedua:1985-1996, Isteri ketiga 1997 hingga sekarang, ada khabar angin mengatakan telah berkahwin seorang lagi di negara jiran)
Anak: 9 orang ( Umur/Jantina: 32/L, 30/P, 28/P, 26/P; 22/L, 20/L, 18/P; 9/P, 7/L)
Pendidikan:
Pendidikan Awal :Sekolah Pondok Kg. Tengkorak Terbang 1958-1963,
Pendidikan Pertengahan: Sekolah Menengah St. Francis of Assisi, Gua Hantu 1964-1970,
Pendidikan Lanjutan: University of Northampton (Bachelor of Science - Agriculture), 1971-1975,
University of Warwick (Master of Science - Agribusiness) 1980-1982,
Pekerjaan:
1976-1979: Penolong Pegawai Daerah Gua Hantu
1983-1984: Pegawai Daerah Gua Hantu
1985-1996: Ahli Perniagaan sepenuh masa
1997 - sekarang: Ahli Politik sepenuh masa
Kerjaya Politik:
1969 - Ahli Biasa Pertubuhan Golongan Pekerja (GoPek)
1971-1972- Ahli Biasa Persatuan Sosialis Northampton
1972-1974- Setiausaha Persatuan Sosialis Northampton
1975- Presiden Persatuan Sosialis Northampton
1976 -1984 - AJK Cawangan GoPek Kg. Tengkorak Terbang
1985-1992 - Ketua Cawangan GoPek Kg. Tengkorak Terbang, AJK Bahagian GoPek Gua Hantu
1992-1995 - Naib Ketua Bahagian GoPek Gua Hantu
1996 - Sekarang - Ketua Bahagian GoPek Gua Hantu
Monday, 7 July 2008
YB Gua Hantu: Bersyukurlah!
Semasa melancarkan Pertandingan Laga Biawak di Kampung Peleset, YB Gua Hantu didalam ucapannya menyentuh mengenai isu semasa yang sedang hangat diperbincangkan sekarang di warong-warong kopi, rumah-rumah ibadat, rumah-rumah pelacuran, rumah-rumah judi haram, rumah-rumah anak yatim dan juga rumah ku syurga ku.
YB berkata, "Kita patut bersyukur tinggal di dalam negara ini kerana negara kita nie aman, damai dan tenteram". "Kalau ada kekacauan pun adalah berpunca daripada ah long - ah long yang tidak pandai buat pasaran. Ah long- ah long nie suka sangat tampal iklan diorang nie kat signboard jalan. Sampaikan mat rempit tak nampak hadlaju jalanraya, jadi mereka pun pecutlah. Inilah punca kemalangan yang utama di negara ini!"
Sambung YB, "Apapun kita kena bersyukur, sebab negara kita nie penduduknya ramah. Mana ada lagi tempat di seantero dunia ini yang sebebas negara kita. Kalau kat negara luar, orang cakap buruk pasal seseorang individu mesti dah lama kena saman, lepas tu kena tangkap masuk penjara. Kat negara kita nie, cakaplah buruk pasal apapun, pasal bom ka, pasal main belakang ka, semuanya boleh. Laporan media pulak bebas melaporkan apa saja, samada betul atau tidak itu perkara kedua atau ketiga atau keempat."
"Apapun kita mesti bersyukur, kat negara maju harga minyak tinggi sampai 4 ringgit seliter lagi mahal dari sebotol air mineral. Kat Malaysia nie air mineral sama harga ngan minyak. Maknanya kita nie sebenarnya lagi maju dari negara maju. Kita nie negara termaju. Diantara negara dunia ketiga dan pertama, kita nie negara dunia ruang angkasa iblis, boleh bertukar dalam masa 0.025 saat, itulah kemajuan namanya." YB dengan confident bercakap.
"Ingatlah wahai penduduk-penduduk Kampung Peleset, kita mesti bersyukur!" akhir kata YB Gua Hantu.